Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua..
Alhamdulillah..berkat dorongan Amir Fairuz (admin emasEDAR), tercipta juga blog pesonaEMAS ni..
Sebagai permulaan, saya akan ceritakan serba sedikit hal berkaitan emas fizikal iaitu emas dinar & emas jongkong (gold coin & gold bar) keluaran PUBLIC GOLD.
CONTOH 1 DINAR,5 DINAR, 10 DINAR
CONTOH 1 DINAR,5 DINAR, 10 DINAR
Contoh-contoh emas 20gram, 50 gram dan 100gram
Kegunaan emas dinar (Gold coin) / Emas Bar (Gold Bar)
Mungkin kita masih tertanya-tanya mengapa perlu simpan emas-emas ini? Sebenarnya terlalu banyak kegunaan emas-emas ini.Jom saya kongsi bersama anda.
Simpanan Untuk Pergi Menunaikan Ibadah
Masih ramai diantara kita yang tidak mengetahui akan keistimewaan emas dinar ni. Sebenarnya, simpanan dalam bentuk dinar adalah simpanan yang saya rasakan terbaik. Nak tau kenapa? Sebagai contoh,mungkin ada diantara kita yang nak pergi mengerjakan umrah.
Katakan pakej nak mengerjakan umrah = RM5000.00
Mungkin ada diantara kita yang menabung dan telah menetapkan target. Sampai 1 masa, simpanan kita pasti cukup RM 5000.
Tapi cuba bayangkan, dengan peningkatan harga minyak yang tidak menentu ini, pakej umrah yang asalnya RM5000 tadi pasti akan meningkat juga, jadi terpaksalah kita tangguhkan sementara niat untuk mengerjakan umrah sebab apa?sebab kena simpan duit lagi..masih belum cukup.
Tapi, dengan emas Dinar, yang harganya dalam trend menaik, pasti tiada masalah untuk kita meneruskan niat suci kita itu. InsyaAllah!
Macam mana nak buat? dengan penyimpanan 1 bulan 1 dinar atau mungkin 2 bulan 1 dinar..impian anda untuk mengerjakan umrah insyaAllah akan tercapai..
umrah = 10 dinar
haji = 20 dinar
Hantaran Kahwin
Emas dinar boleh dijadikan hantaran kawin?
Ya! sudah pasti ramai yg dah tahu.. Jadi bagi kawan-kawan kita yang nak kawin tu..inilah masanya..kumpul lah emas dinar dari sekarang :)
Cukup saja 15-20 Dinar..dah boleh buat hantaran.
Pembayaran Zakat
Zakat merupakan kewajiban bagi umat islam yang telah memiliki harta dengan nisab dan waktu tertentu. Salah satu zakat yang diwajibkan bagi kaum muslim adalah zakat maal atau zakat harta. Nisab zakat harta adalah 20 dinar emas (85 gram emas 22 karat) zakatnya adalah 1/2 dinar (2.5%). Dan emas tersebut telah dimiliki dalam waktu satu tahun.
Firman Allah s.w.t.
"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk)." - Surah At Taubah (103).
Hadiah
Anda masih mencari hadiah istimewa untuk ibu, isteri, tunang, kekasih mahupun sahabat.? Pilih lah emas kerana setiap orang pasti ada keinginan memiliki Aset terunggul ini. Jadi jika anda hadiahkan EMAS, bertambah-tambah gembira penerima berkenaan. Tipulah jika seseorang itu menolak hadiah berupa EMAS sebabnya emas ni jika dikikis pun, orang masih nak sebabnya ia masih bernilai.
Pelaburan (Investment)
Graf emas secara puratanya naik sejak 10 tahun
Graf Emas secara puratanya naik sejak 1 tahun
Jadi, anda bersetuju dengan saya bahawa harga emas secara puratanya mengalami kenaikan walaupun ada penurunan.Kesimpulan daripada graf di atas ialah,
EMAS = KENAIKAN =UNTUNG = ASET
Jadi apa tindakan anda sekarang? Tunggu atau Beli? Bagi yang pilih untuk beli, saya mengucapkan JUTAAN TAHNIAH, dan bagi yang belum beli dan masih ragu-ragu, harap anda ambil tindakan dengan menghubungi saya supaya saya boleh berjumpa dangan anda dan memberi tunjuk ajar dari segi teknik untuk janakan duit guna emas.Anda cuba anda untung.
Jika ada sebarang komen atau ilmu yang nak dikongsi,bolehlah komen di blog ini atau hubungi saya.
"Lindungi aset/ wang anda dengan melabur/membeli emas fizikal"
Dealer of Public Gold
Bakri Md Khir
012-4598276
bakrimdkhir@yahoo.com
0 comments:
Post a Comment