Wednesday 25 April 2012

KEGAGALAN WANG KERTAS (HYPERINFLASI) DI MALAYSIA DARI TAHUN 1942-1945

Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada pembaca setia blog pesonaEMAS.Blog kali ini akan membincangkan isu-isu FAKTA yang pernah berlaku di negara kita MALAYSIA tanah tumpahnya darahku, akibat daripada Hyperinflasi ataupun kegagalan wang kertas.

Kita telah melihat apa yang sedang berlaku di Zimbabwe sekarang.Bukan Zimbabwe saja,malah banyak negara yang pernah berlaku Hyperinflasi atau kegagalan wang kertas.

Berikut adalah contonya :

Sejarah kegagalan wang kertas /fiat

Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku di dalam sejarah ialah:

1.  Kerajaan Perancis –tahun 1715
2.  Republik Weimer Jerman – 1922-1923
3.  Hungary 1945-1946
4.  Chile 1971-1981
5.  Peru 1988-1991
6.  Angola 1991 – 1999
7.  Yugoslavia 1992-1995
8.  Belarus 1994-2002
9.  Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
10. Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
11. Zimbabwe 2000 sehingga sekarang.

SOALAN
Adakah hyperinflasi pernah berlaku di Malaysia?

JAWAPANNYA
Ya


MALAYSIA
-Terjadi pada tahun 1942-1945  
-Berlaku ketika zaman penjajahan Jepun.
-Selepas kejatuhan Singapura pada 15 Februari 1942 pihak Jepun telah merekacipta nota bank yang baru bagi menggantikan wang British Malayan Dollar. 
-Kesemua nota ini ditukar didalam nisbah 1:1 dengan nota wang Jepun.
-Penggunaan wang Jepun ini dikuatkuasakan
-Sesiapa yang tidak mematuhi arahan menggunakan wang Jepun akan dikenakan hukuman yang berat.
-Pada tahun 1942 Jepun mengeluarkan wang kertas 1 sen, 5 sen, 10 sen dan 50 sen, 1 dollar, 5 dollar dan 10 dollar.


CONTOH DUIT JEPUN 1 CENT




CONTOH DUIT JEPUN 5CENT


    Namun, malang bagi warga Tanah Melayu. Tentera Jepun telah mencetak wang dengan sewenang-wenangnya bagi membeli barangan keperluan tentera mereka. 

Contoh di bawah ialah duit 10 dollar pokok pisang. Duit ini dicetak terlalu banyak sehingga menyebabkan hyperinflasi. 



   
Kemudian tentera Jepun bertindak mencetak wang kertas 100 dollar.





Seterusnya pada tahun 1945 pihak Jepun telah mengeluarkan wang kertas 1000 dollar pula...



       Bagi pihak Jepun, mereka boleh membeli apa sahaja barangan yang mereka mahu. Mereka cuma perlu mencetak wang. rakyat Tanah Melayu yang menanggung akibatnya.


APAKAH AKIBATNYA???

-wang Jepun tidak laku. 
-Harga makanan dan lain-lain meningkat dengan banyak. 
-Rakyat Tanah Melayu berada di dalam kesusahan
-Rakyat Tanah Melayu yang makan ubi kayu sahaja.

Namun, pada waktu-waktu akhir peperangan kapal terbang British telah menabur wang kertas propaganda Jepun.

Dengan kata-kata berikut :


“WANG JEPUN AKAN MATI BERSAMA2 JEPUN”

Apakah tujuan British pada waktu itu???
-memberitahu rakyat Tanah Melayu bahawa wang Jepun tidak akan laku lagi apabila Jepun kalah di dalam peperangan.

Memang betul. Sebaik sahaja Jepun menyerah kalah dan meninggalkan Tanah Melayu, wang mereka menjadi tidak bernilai. Ia hanyalah kertas tanpa nilai.


Jika ada sebarang komen, cadangan atau pertanyaan, boleh lah post di ruangan komen..Sama-sama kita belajar..
 
"Lindungi aset/ wang anda dengan melabur/membeli emas fizikal"
 
Dealer of Public Gold
Bakri Md Khir
012-4598276
bakrimdkhir@yahoo.com

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes